Lelaki disyaki serang wartawan ditahan

Lelaki disyaki serang wartawan ditahan

Ketua Polis Brickfields Hoo Chang Hook berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti motif.

Hoo Chang Hook
Ketua Polis Brickfields Hoo Chang Hook mengesahkan suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit serangan ke atas wartawan di Bangsar semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah flat di Cheras pada 2 pagi tadi.

Ketua Polis Brickfields, Hoo Chang Hook, mengesahkan suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dilakukan bagi mengenal pasti motif,” katanya menurut Harian Metro.

Wartawan sukan dan pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, Haresh Deol dilaporkan diserang dua individu di Bangsar semalam.

Susulan itu, polis dilaporkan sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terbabit serangan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.