Sasar Melayu? Iklan ‘along’ banjiri kawasan kejiranan elit

Sasar Melayu? Iklan ‘along’ banjiri kawasan kejiranan elit

Poster 'along' seolah-olah mensasarkan orang Melayu, iaitu pasaran yang baru-baru ini didedahkan sebagai majoriti peminjam wang.

poster_ahlong_600

PETALING JAYA:
Poster yang mengiklankan peminjam wang, sama ada berlesen atau tidak berlesen, semakin membanjiri kawasan perumahan di Lembah Klang.

Tinjauan FMT mendapati ia lebih ketara di kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu, termasuk di sesetengah kawasan dianggap kelas pertengahan dan elit di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Di Damansara, Sungai Penchala dan Taman Tun Dr Ismail, tiang lampu dipenuhi poster dan iklan pinjaman along merupakan pemandangan biasa.

Kebanyakan poster dipaku atau digantung di atas pokok.

Di TTDI, iklan along dilekat di tempat strategik seperti tiang elektrik, stesyen bas dan tong sampah

Seorang penduduk Damansara, Abdul Hadi Awang, 30, berkata, poster dan iklan pinjaman wang along boleh mempengaruhi orang Melayu meminjam along terutama mereka juga banyak meletakkannya di kawasannya majoriti orang Melayu.

“Saya berpendapat ini mungkin salah satu sebab orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berurusan dengan along.

Baru-baru ini, sebuah persatuan pengguna mendedahkan peminjam Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan along.

Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), daripada lebih 10,000 kes yang ditanganinya, 70% membabitkan Melayu, manakala 5% Cina dan 15% India.

Mohd Radi Zainuddin, 26, dari Sungai Penchala, bersetuju kebanjiran poster dan iklan along di kawasannya mensasarkan orang Melayu, dan mengharapkan tindakan pihak berkuasa bagi mengekang aktiviti itu.

“Saya juga berharap pihak berkuasa menanggalkan poster dan iklan along ini supaya orang Melayu tidak meminjam daripada along,” tegasnya.

Pautan: Melayu paling ramai pinjam duit along

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.