‘Sewa Beli bantu rakyat miliki rumah PPRT’ – Noh

‘Sewa Beli bantu rakyat miliki rumah PPRT’ – Noh

Pendekatan itu dibuat bagi mengatasi masalah individu berpendapatan RM2,500 ke bawah yang layak memiliki rumah PPRT, tetapi gagal untuk membuat memohon pinjaman di bank bagi memiliki kediaman ini.

noh

SHAH ALAM:
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal melaksanakan pendekatan ‘sewa dan beli’ bagi membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata bagaimanapun langkah itu hanya akan dilaksanakan selepas ia mendapat persetujuan di peringkat Kabinet.

“Di peringkat kementerian perkara itu telahpun dibincangkan …dan saya akan membawa perkara ini untuk dibentangkan di mesyuarat Kabinet akan datang untuk mendapat kelulusan.

“Pendekatan itu kita buat bagi mengatasi masalah individu berpendapatan RM2,500 ke bawah yang layak memiliki rumah PPRT, tetapi gagal untuk membuat memohon pinjaman di bank (bagi memiliki kediaman ini) berikutan kerana beberapa faktor termasuk nama telah di senaraihitam dan tidak mempunyai slip gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri anjuran KPKT di sini, hari ini.

Noh berkata kementerian juga akan mencadangkan satu mekanisme terbaik bagi penghuni PPRT untuk membantu golongan itu membuat pembayaran secara ansuran tanpa membebankan mereka.

“Kita mahu membantu rakyat …mungkin kita akan buat mekanisme yang mana penghuni PPRT akan membayar RM200 setiap bulan dalam tempoh tertentu sebelum mereka dapat memiliki sepenuhnya rumah berkenaan … kita akan lihat konteks itu mengikut kemampuan penghuni,” katanya.

Sementara itu, Noh berkata kementeriannya telah menyediakan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi membaiki kemudahan lif di flat kos rendah di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini.

“Saya cukup sedih melihat bangunan setinggi 16 tingkat itu dengan keadaan lifnya yang rosak … saya harap peruntukan itu akan membantu penghuni flat tersebut,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.