LGE dan Nga, belajar daripada Superman – Tan

LGE dan Nga, belajar daripada Superman – Tan

Tan mengetengah hipokrasi yang berlaku dalam parti DAP apabila 'pemimpin kecil' diarah meletak jawatan manakala 'pemimpin besar' dilindungi.

Tan Kheng Liang

KUALA LUMPUR:
Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming dinasihatkan supaya belajar dari bekas komrad mereka, Hew Kuan Yau yang meletak jawatan ekoran tindak balas orang ramai mengenai dakwaannya mengenai Laut China Selatan milik China.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Kheng Liang berkata walaupun tidak bersetuju dengan Hew, tetapi tindakannya boleh mengajar sesuatu kepada DAP.

Dia mengetengah hipokrasi dalam parti DAP apabila ‘pemimpin kecil’ diarah meletak jawatan manakala ‘pemimpin besar’ dilindungi.

“Mereka mendesak pemimpin kecil meletakkan jawatan, tetapi pemimpin-pemimpin besar dalam DAP semua dilindungi.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang kita ambil kira mengenai DAP,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tan juga mahu DAP lebih sensitif apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu lebih-lebih lagi mengaitkan kedaulatn negara.

Tambah Tan, kenyataan Hew mampu menghalang usaha Malaysia mempertaruhkan tuntutan dalam pertikaian di Laut China Selatan.

“Kita mempunyai hak ke atas Laut China Selatan dan kenyataan seumpama ini mampu melemahkan usaha kerajaan Malaysia. Kita sepatutnya menyokong usaha itu kerana ia adalah demi kepentingan negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tan juga mencadangkan agar Guan Eng yang disiasat terlibat dalam skandal rasuah supaya bercuti.

“Orang ramai telah meminta beliau bercuti.

“Sebelum ini, Tony Pua pernah berkata Guan Eng tidak perlu bercuti jika sedang disiasat, kecuali dia didakwa, maka dia harus bercuti. ”

Bagi karikatur Hari Raya ‘meminta dedak’ oleh Nga pula, Tan berpendapat ia satu perbuatan yang salah dan menghina justeru mengajak DAP menyiasat perkara itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.