Kerajaan PP mahu penetapan tarikh mesyuarat mengenai jambatan ketiga

Kerajaan PP mahu penetapan tarikh mesyuarat mengenai jambatan ketiga

Mesyuarat adalah berkaitan pelan pembangunan untuk mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan berhubung jambatan itu menjelang 2027.

guan eng

GEORGE TOWN:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta Kementerian Kerja Raya menetapkan tarikh untuk mesyuarat bagi membincangkan mengenai jambatan ketiga yang menghubungkan Gurney Drive dengan Bagan Ajam.

Lim berkata bahawa Mesyuarat adalah berkaitan pelan pembangunan untuk mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan berhubung jambatan itu menjelang 2027.

“Pembinaan jambatan ketiga memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi adalah sukar untuk memperoleh kelulusan kerana semua surat kepada Kementerian Kerja Raya tidak dijawap,” kata beliau selepas perasmian Tech-Dome Pulau Pinang di Komtar, di sini hari ini.

Lim berkata kos pembinaan dan perancangan link ketiga iaitu terowong bawah laut yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri membabitkan kos RM3.6 bilion tetapi kos untuk menyelenggaranya adalah sangat besar dan perlu mengutip tol selama 30 tahun, tetapi jambatan ketiga hanya membabitkan kos RM2 bilion secara keseluruhan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersedia mempertimbangkan jambatan ketiga, dan kami tidak meminta apa-apa peruntukan dana jambatan itu akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri tanpa tol.

“Saya ingin menekankan bahawa jambatan ketiga adalah pengganti kepada projek terowong bawah laut dan pelan projek perlu meliputi Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (DEIA) terlebih dahulu,” kata Lim.

Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan kerajaan negeri untuk mengemukakan hasil kajian sedia ada dan dokumen mengenai cadangan jambatan ketiga Pulau Pinang dalam tempoh tujuh hari menjelang hari Jumaat
untuk kali keempat.

Fadilah berkata bahawa kajian sedia ada dan laporan itu telah tertangguh selama hampir dua bulan untuk memudahkan mesyuarat berikutnya diadakan antara agensi tersebut dan kerajaan negeri

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.