Ahli psikologi klinikal, Dr Azlina Roszy Mohd Ghaffar berkata mereka ini melakukan onani (di tempat awam) atau menayang kemaluan kepada orang lain kerana mahu meluahkan kehendak seksual di hadapan orang asing.
“Lazimnya, penyumbaleweng terbabit ada konflik dalaman berkaitan seksual, dan emosi atau perkembangan psikologi.
“Ia mungkin akibat penderaan atau trauma semasa kanak-kanak,” katanya dalam satu temubual bersama FMT baru-baru ini.
“Istilah rasminya ‘ekshibisionis’,” tambahnya.
Azlina berkata ‘flasher’ atau mereka yang menayangkan kemaluan pada orang yang tidak dikenali, dianggap mengalami kecelaruan seksual, maka rawatan psikiatri dan campurtangan psikoterapi diperlukan.
“Mereka perlu diberikan terapi yang rapi,” katanya.
Azlina menambah, ahli keluarga dan kawan memainkan peranan penting dalam memulihkan pesakit kecelaruan seksual, iaitu dengan membawa mereka bertemu seorang pakar.
“Bantuan tersedia dan campurtangan dinasihatkan. Ia boleh dirawat,” katanya.
Beliau menasihatkan ahli keluarga atau pasangan ‘pesalah seksual’ supaya tidak “menghamput atau mengecap” mereka.
“Sediakan ruang yang selamat untuk membina kepercayaan bagi membantu mereka membina kendiri. Lazimnya mereka mengalami kendiri rendah,” tambah Azlina.
Sementara itu, pensyarah psikiatri Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Rajandran Muthoo, berkata mereka yang melakukan onani di tempat awam dan menayangkan kemaluan kepada orang ramai mungkin menderitai sakit mental tahap dedar, dan itu juga mungkin bererti mereka mengalami kecacatan mental.
“Mereka tidak memahami akhlak dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan diri mereka secara seksual,” katanya.
Beliau berkata, orang seperti ini berasa teruja apabila menayang diri mereka sebegitu.
“Mereka teruja melihat wajah yang menunjukkan perasaan terkejut,” katanya.
Rajandran berkata perubatan diperlukan sekiranya pesakit mula menjadi ancaman seksual.
“Mereka perlu mengambil ubat-ubatan untuk mengawal keadaan mereka,” katanya, dan menambah ia akan bertukar menjadi tindakan jenayah sekiranya mereka membahayakan orang lain.
“Lazimnya mereka tidak akan ulangi perbuatan itu sekiranya ditangkap dan selepas diberi amaran oleh pihak berkuasa,” katanya.
Beliau menolak kemungkinan orang yang beronani di tempat awam boleh jadi perogol.
“Perogol itu kerana tingkah laku anti-sosial mereka,” katanya, dan berkata ibu bapa, terutama yang mempunyai anak dengan sakit mental tahap dedar, perlu didik mereka supaya jangan beronani di tempat awam.
“Beritahu mereka jangan beronani di tempat awam. Buat dalam ruang peribadi,” katanya.
Sebelum ini terhadap laporan individu yang ditangkap beronani di tempat awam.
Tahun lalu, seorang individu beronani di belakang rumah jirannya mendapat liputan meluas selepas perilakunya dirakam oleh kamera litar tertutup.
Beliau kemudian didakwa di mahkamah kerana mencabul kehormatan seseorang dengan menayangkan kemaluan.