Jalur Gemilang koyak, kualiti bendera akan dikaji – DBKL

Jalur Gemilang koyak, kualiti bendera akan dikaji – DBKL

DBKL akan memastikan bendera yang menjadi lambang negara tahan lebih lama, tidak cepat koyak dan 'tahan lasak' pada masa akan datang.

Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz

KUALA LUMPUR:
Kualiti bendera Malaysia yang dikibarkan akan dikaji bagi mengelakkan ia mudah koyak, luntur atau rosak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata demikian mengulas isu penyebaran gambar bendera Malaysia di Dataran Merdeka yang koyak melalui media sosial baru-baru ini.

Ekoran insiden itu, para netizen mengecam DBKL terhadap kurangnya sensitiviti pihak
tersebut dalam menurunkan bendera yang rosak itu dan menggantikannya dengan yang baharu.

Selepas kecaman bertalu-talu itu, DBKL telahpun menurunkan bendera pada Jumaat lepas
dan dijangka diganti baharu esok.

Mhd Amin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan usaha mengkaji bendera diambil segera supaya dapat memastikan bendera yang menjadi lambang negara tahan lebih lama, tidak cepat koyak dan ‘tahan lasak’ pada masa akan datang.

“Bendera yang dikibarkan di ibu negara diganti dengan yang baharu setiap tiga bulan.

“Kejadian bendera Malaysia yang dikibarkan di Dataran Merdeka koyak berlaku akibat angin dan hujan,” katanya, lapor Bernama.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.