Malaysia ambil langkah sekat anggota JI

Malaysia ambil langkah sekat anggota JI

Malaysia dan Indonesia pertingkat kerjasama sekat pengikut Abu Bakar Bashir masuk ke negara ini

Abu Bakar Bashir'

PUTRAJAYA:
Malaysia mengambil langkah menyekat pengikut pengganas warga Indonesia, Abu Bakar Bashir masuk ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia dan Indonesia sedang mempertingkatkan perkongsian maklumat antara pihak berkuasa imigresen kedua negara

Menurut Zahid, Abu Bakar mempunyai lebih 300 pengikut sedang menjalani hukuman di Indonesia dan pada 2014 dia merayu penyokongnya supaya mengisytiharkan kesetiaan kepada jaringan IS.

Abu Bakar, bekas pemimpin jaringan Jemaah Islamiyah (JI) yang dibubarkan, dipersalahkan dengan pengebomam di Bali pada 2002 yang meragut 200 nyawa, dan serangan bom di Jakarta pada 2003.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun sejak 2011.

Perkongsian dengan Indonesia melibatkan pelbagai maklumat termasuk biometrik agar pengikut Abu Bakar yang dibebaskan tidak boleh masuk ke negara ini.

Zahid berkata kedua negara juga akan berkongsi maklumat berkenaan kaedah deradikalisasi. Polis turut memantau sekolah-sekolah agama dan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama membendung penularan ideologi IS.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.