Peniaga wanita ditembak mati di Taman OUG

Peniaga wanita ditembak mati di Taman OUG

Penembak melepaskan beberapa das tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu MPV.

car_tembak

PETALING JAYA:
Lagi kes tembakan dan mangsa terbaru adalah seorang peniaga wanita berbangsa Cina.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang tadi di Taman OUG, Jalan Klang Lama, ibu negara.

Menurut laporan Oriental Daily, penembak melepaskan tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).

Mangsa mati di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan.

Sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Menurut laporan China Press, tembakan itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran sebuah pasar dengan ramai orang lalu lalang di tempat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.