
Kejadian itu berlaku pada jam 3.35 petang dengan pemilik premis itu yang berumur 58 tahun dicederakan dengan pisau, namun tiada barangan yang dicuri daripada kedai tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, polis menerima laporan daripada anak lelaki pemilik kedai yang mengatakan bapanya diserang seorang individu.
Beliau berkata, mangsa diserang ketika bersendirian di kaunter.
“Berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa cedera di tangan, lengan dan kepala sementara penyerang turut cedera apabila orang ramai menghalangnya melarikan diri,” katanya.
Kes disiasat kerana rompakan bersenjata.