Kit Siang, Guan Eng patut peluk Islam demi perpaduan

Kit Siang, Guan Eng patut peluk Islam demi perpaduan

Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.

abdul-rahman-osman-1

PETALING JAYA :
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mencetuskan kontroversi dengan istilah kafir harbi baru baru ini mahu menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk agama Islam demi ‘perpaduan’.

Memetik laporan the Star Online, Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.

“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” katanya.

Baru-baru ini, Rahman berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan yang menunjukkan pemikiran kafir harbi.

Beluau menjelaskan walaupun kafir harbi patut ditentang, tetapi tidak bermakna penentangan secara kekerasan.

“Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.

“Berjuang dengan niat yang murni,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menunjukkan sokongan kepadanya di Pekan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.