Reman Sanjeevan dilanjut hingga esok

Reman Sanjeevan dilanjut hingga esok

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kes peras ugut.

Sri-Sanjeevan

KUALA LUMPUR:
Tempoh reman Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan dan pemandunya yang merupakan seorang lelaki warga India, dilanjutkan sehingga esok bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes peras ugut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 22 Jun lalu, mereka berdua ditahan polis berdekatan Plaza Tol Nilai kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Menurut laporan portal berita, pengerusi NGO berumur 32 tahun itu yang tinggal di Kajang ditahan pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu yang merupakan seorang pengusaha perjudian haram berumur 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan jam 10.50 malam Rabu itu, polis turut menemui wang tunai RM16,080 di dalam kereta suspek.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.