Sebaliknya, kerajaan hanya membayar sewa premis YPM bagi kegunaan Dr Mahathir sebagai perdana menteri keempat, di samping membayar gaji pegawai yang bertugas di bawahnya yang dianggap penjawat awam.
Baru-baru ini ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata peruntukan kepada YPM akan dibincangkan pimpinan parti memandangkan perubahan sokongan politik Dr Mahathir.
“Dana itu sumbangan (kerajaan). Kita kena fikir adakah kita masih mahu menyumbangkan dana kepada orang yang mahu jatuhkan Perdana Menteri dan BN,” kata Nazri.
Sebelum itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun menuduh Dr Mahathir memperalatkan YPM dalam usahanya melawan Datuk Seri Najib Razak.
YPM yang ditubuhkan pada Januari 2003 menumpukan usaha mengkaji dan mempromosikan pemikiran dan warisan perdana menteri Malaysia.
YPM berkata bahan bacaan dan penyelidikan yang dihasilkannya memberikan manfaat besar kepada pengkaji dan generasi akan datang.
“Sekiranya diberikan peluang, Yayasan akan membuktikan aktivitinya sejak penubuhan pada 2003, termasuk pengumpulan dokumen sebanyak 12 juta muka surat yang sebahagian besarnya ialah rekod ucapan umum oleh semua perdana menteri negara ini,” kata kenyataan YPM.