
Pengerusinya Datuk Dr Ahmad Farouk Musa berkata walaupun pihaknya menentang sebarang langkah menghukum umat Islam kerana gagal menjalani kewajipan agama, tidak ada keperluan bagi seseorang itu menimbulkan provokasi.
“Kalau anda boleh makan (ketika berpuasa), apa salahnya makan dalam bilik?
“Kenapa perlu dilakukan di khalayak ramai?” tanya Dr Farouk yang kerap mengkritik pihak berkuasa agama tempatan.
Beliau ditanya mengenai pengguna Twitter, Mrym Lee, seorang wanita Islam bertudung, yang menjalankan eksperimen sosial dengan minum di tempat terbuka pada waktu beliau tidak boleh berpuasa.
Katanya, dia dimarahi orang di sekitar yang menyifatkan tindakan tersebut tidak menghormati bulan puasa.
Farouk berkata walaupun amalan memaksa kewajipan agama adalah salah, tindakan Mrym Lee itu sesuatu yang tidak perlu dan hanya menyusahkan.