“Kami menggesa polis supaya memburu pembunuhannya dengan seluruh kekuatan. Mereka yang mengarahkan dan melakukan pembunuhan Kayong perlu dibawa ke pengadilan dan dorongan pembunuhan itu perlu diketahui,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
“Kejadian itu merupakan petunjuk terlerainya penguatkuasaan undang-undang dan, mungkin, keganasan politik bertambah buruk.”
Bersih berkata pembunuhan Kayong, sekiranya didorong politik, akan menjadikannya calon atau bekas calon pilihan raya yang pertama dibunuh sejak pembunuhan Speaker Negeri Sembilan, Allahyarham Datuk Mohd Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim pada 1982.
“Dukacita kami mengingatkan polis bahawa pembunuhan K Murugan, pembantu politik kepada calon PKR untuk Parlimen Tapah pada 2013, Vasantha Kumar, masih belum selesai hari ini selepas tiga tahun berlalu.”
Murugan hilang pada 1 Mei dan tubuhnya ditemui terikat dengan wayar dalam sebuah kolam di Batu Gajah.
“Sekiranya pembunuhan berkaitan pilihan raya – lazim berlaku di India dan Filipina – menjadi sebahagian daripada budaya politik kita, maka kelamlah proses pilihan raya kita,” kata Bersih.
Kayong mati ditembak pagi tadi berhampiran pasaraya Emart One-Stop di Senadin, Miri.
Lelaki berusia 43 tahun itu adalah seorang aktivis masyarakat, terutamanya isu hak Tanah Adat, yang diketengahkan secara meluas sepanjang kempennya.
