Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional Khairol Najib Hashim berkata pihaknya juga berharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.
Katanya, kejadian itu bermula susulan wujudnya unsur pencerobohan di Pejabat Amanah Kuala Kangsar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia memerlukan kawalan rapi daripada pihak keselamatan parti itu.
“Kejadian berlaku dalam keadaan kelam kabut dan emosi petugas terganggu pada waktu itu.
“Pertengkaran antara Hasnol dan wartawan itu berlaku sebaik saja insiden pencerobohan berkenaan yang menyebabkan kawalan di premis diperketat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Khairol berkata kejadian seperti itu juga sepatutnya perlu dielakkan terutama hubungan baik yang terjalin antara parti politik baharu seperti mereka dengan pihak media perlu dijaga dan dikekalkan dalam membawa terma kebebasan media.
