“Perkara paling penting yang dilindungi Islam adalah privasi aktiviti seks seseorang,” kata pendakwah dan aktivis masyarakat itu kepada akhbar Britain, Evening Standard.
“Apa sahaja perlakuan di sebalik pintu yang tertutup atau di dalam bilik tidur, itu hak anda,” kata Yusuf, 67, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens yang pernah mempopularkan lagu seperti “Morning Has Broken”, “Wild World” dan “Peace Train”.
Beliau memberikan respon apabila ditanya mengenai peristiwa tembakan di sebuah kelab gay di Orlando, Amerika Syarikat Ahad lalu, yang mengorbankan 50 orang termasuk penembak, Omar Mateen, seorang warganegara AS.
Yusuf yang ditemui sebelum konsert amalnya di London, Selasa lalu, turut ditanya sama ada beliau akan menyatakan solidariti bersama komuniti LGBT.
“Saya tidak perlu berbuat begitu.
“Ini masalahnya apabila cuba mengaitkan perkara seumpama itu (pembunuhan Orlando) dengan Islam,” katanya.
