RTM mohon maaf selepas salah sebut berita Abu Sayyaf

RTM mohon maaf selepas salah sebut berita Abu Sayyaf

Pembaca berita tidak jelas sebutannya sehingga mengundang kemarahan segelintir pengguna media sosial.

rtm

PETALING JAYA:
Radio Televisyen Malaysia semalam memohon maaf atas kesilapan skrip beritanya yang seolah-olah menganggap kumpulan pengganas Abu Sayyaf dianggotai penganut agama Roman Katolik.

“Merujuk kepada laporan berita dunia bertarikh 14 Jun 2016, kami memohon maaf kerana teks disalah tafsir dan RTM tiada niat untuk mengguris perasaan mana-mana masyarakat,” stesen milik kerajaan itu mengumumkan dalam slot beritanya semalam, sebelum menyiarkan semula laporan sama dengan pembetulan.

Dalam laporan asalnya, pembaca berita tidak jelas bacaannya ketika menghuraikan kumpulan Abu Sayyaf, dan memberi tanggapan kumpulan itu menganut Roman Katolik.

Susulan itu, RTM menerima kutukan keras dari pengguna media sosial yang menuduh stesen itu memutar belit fakta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.