
The Star Online melaporkan rayuan dikemukakan peguam, Hassan Karim dan Jimmy Phua di Johor selepas berbincang dengan keluarga Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri hari ini.
Ibu Muhammad Amirul Azwan mahu hukuman penjara setahun anaknya dipendekkkan atau membenarkannya pulang ke rumah dengan syarat perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap minggu atau bulan.
Selasa lalu, pemuda berusia 19 tahun itu mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap kerabat diraja Johor, khasnya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial media antara Mac dan April lepas.
Buruh yang berasal dari Kampung Palas Merah, Tumpat, Kelantan itu disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dijatuhkan hukuman penjara setahun bermula tarikh dia ditahan pada 28 April lalu.