AMANAH berhak bersuara wakili kerajaan Selangor, dakwa Khalid

AMANAH berhak bersuara wakili kerajaan Selangor, dakwa Khalid

Jika apa yang dikatakan Khalid tidak tepat, pastinya ia akan disanggah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

khalid-samad
SUNGAI BESAR: AMANAH mendakwa mempunyai hak yang sama seperti PAS untuk bersuara bagi kerajaan negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, parti itu berhak bersuara memandangkan ia adalah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai lebih ramai ADUN berbanding PAS.

“Kita cukup berhak untuk bercakap bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

“Kerajaan Selangor didominasi 29 ADUN Pakatan Harapan, manakala PAS hanya 13 kerusi,” kata Khalid dalam sidang media di pejabat AMANAH Sungai Besar hari ini.

Sehubungan itu, beliau hairan dengan kenyataan EXCO PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad kononnya AMANAH tidak ada hak untuk berbuat demikian.

Tegasnya, jika apa yang dikatakannya tidak tepat, pastinya ia akan disanggah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, Iskandar berkata, AMANAH tidak berhak bersuara mewakili kerajaan negeri Selangor kerana parti itu baru ditubuhkan tahun lalu, manakala PAs telah bersama kerajaan negeri itu sejak 2008 dan Azmin sendiri menyatakan kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat.

AMANAH ditubuhkan pada September 2015, selepas beberapa pemimpin tertinggi PAS ditolak penyokong parti Islam itu pada pemilihan parti.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.