PRK Sungai Besar: Risalah Najib-Rosmah antara bahan kempen pembangkang

PRK Sungai Besar: Risalah Najib-Rosmah antara bahan kempen pembangkang

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengakui telah menyediakan risalah tersebut dan secara tidak langsung memohon sumbangan rakyat Malaysia.

politik-najib

SUNGAI BESAR:
Risalah yang menceritakan kisah perkahwinan dan perbelanjaan melampau Datin Seri Rosmah Mansor antara bahan kempen yang digunakan dipercayai oleh NGO pembangkang dalam pilihanraya kecil Sungai Besar.

Risalah setebal lapan muka surat itu diedar sewaktu ceramah kempen Pakatan Harapan (PH) di Dataran Tonggak yang dihadiri kira-kira 200 orang malam tadi.

Kandungan dalam risalah itu dipercayai untuk mendedahkan sejarah kehidupan Datuk Seri Najib Razak, isteri kedua beliau, Rosmah dan isteri pertamanya Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar atau dikenali sebagai Ku Yie.

Ia juga memetik laporan kolumnis Andrew Horneyakhbar Australia Morning Herald menerusi ruangan ‘Private Sydney’ yang memaparkan Rosmah sebagai Wanita Pertama Membeli-belah (First Lady of Shopping) selepas didakwa kononnya membelanjakan sebanyak RM325,000 untuk membeli belah di sebuah butik di Sydney.

Dalam pada itu, NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengakui telah menyediakan risalah tersebut dan secara tidak langsung memohon sumbangan rakyat Malaysia.

Tinjauan FMT mendapati sebahagian pengunjung ceramah tidak mengendahkan risalah tersebut dan meninggalkannya di kawasan kempen dan sebahagian lagi membawanya pulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.