Calon bebas Izat Bukhary sokong Tun M, Deklarasi Rakyat

Calon bebas Izat Bukhary sokong Tun M, Deklarasi Rakyat

Izat turut menandatangi borang menyokong Deklarasi Rakyat di hadapan Tun Mahathir

Izat-Bukhary-Ismail-Bukhary

KUALA KANGSAR:
Calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary secara rasmi menyatakan sokongan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus terhadap Deklarasi Rakyat dengan menandatangani borang itu disaksikan Tun Mahathir.

Izat berbuat demikian ketika tampil sepentas bersama Dr Mahathir dalam Forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Puteri.

Dia tampil pertama kali di khalayak ramai selepas tujuh hari tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar 18 Jun ini.

“Hari ini saya hadir kerana Allah Taala, saya tak berniat untuk sepentas dengan Tun Mahatahir tetapi hari ini saya mahu nyatakan bahawa saya sokong Tun M dan ini buktinya,” kata Izat sambil menurunkan tandatanganya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

SPR menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun bagi PRK berkenaan.

Calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya.

Selain daripada Mastura, Termizi juga menghadapi saingan daripada calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.