Hotel di Langkawi ada pegawai agama

Hotel di Langkawi ada pegawai agama

Ia menjadi hotel pertama di Malaysia yang mewujudkan jawatan pegawai agama khas untuk mematuhi syariah.

Nor-Saidi-Nanyan

LANGKAWI:
Adya Hotel Langkawi di Kuah yang merupakan hotel milik kerajaan negeri menerusi Permodalan Kedah Berhad menjadi hotel pertama di negara ini yang mewujudkan jawatan rasmi pegawai agama khas bagi memastikan hotel tersebut sentiasa mematuhi piawaian syariah.

Pengerusinya Nor Saidi Nanyan berkata jawatan itu disandang lulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengawal selia dan memantau pelaksanaan konsep syariah sepenuh masa di hotel berkenaan.

“Kita melantik seorang hafiz untuk menerapkan dan mengukuhkan lagi nilai keislaman yang ada di hotel ini,” katanya.

Nor Saidi yang juga ADUN Kuah berkata hotel bertaraf empat bintang itu menerima pengiktirafan mematuhi syariah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun lepas dan menerapkan nilai syariah sejak mula beroperasi pada Januari 2015.

— BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.