Presidennya, S M Mohamed Idris, melahirkan rasa sedih kerana ramai memperlekeh bulan suci itu dengan berbelanja besar.
“Komersialisasi bufet Ramadan dan sebagainya merupakan satu penghinaan sama seperti umat Islam makan di khalayak ramai di siang hari.
“Lebih baik mengharamkan bufet Ramadan dan berbuka di rumah. Masak sendiri dan makan secara sederhana,” ujarnya.
Idris berkata adalah sia-sia berpuasa di bulan Ramadan sekiranya hanya tertumpu kepada makanan.
“Islam menyeru umatnya mengelak kerakusan dan pembaziran,” tambah Idris.
“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, ‘Tidaklah anak Adam memenuhi tempat yang lebih buruk daripada perutnya, ukuran bagi (perut) anak Adam adalah beberapa suapan yang hanya dapat menegakkan tulang punggungnya.
“Jika jiwanya menguasai dirinya, makan sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk bernafas,” Idris memetik sepotong hadis.
Ramai yang berlebih-lebihan dalam pemakanan sehingga menjadi malas dan meninggalkan solat, katanya.
Menurut Idris, pelbagai juadah berbuka puasa dan sahur akhirnya membawa kepada pembaziran, memetik laporan menyebut sebanyak 9,000 tan makanan dibuang setiap hari dalam bulan Ramadan.
“Kita terlalu taksub mengejar wang dan kekayaan untuk membeli barangan tidak perlu, perkhidmatan dan hiburan, sehingga kita mengabai tugas dan hubungan kita dengan Allah,” kata Idris.
