SKMM, jawatankuasa khas siasat pedofil di Telegram

SKMM, jawatankuasa khas siasat pedofil di Telegram

SKMM bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu itu.

MCMC
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan bersama Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial berkenaan maklumat yang tersebar dalam media sosial mengenai kewujudan kumpulan pedofil tempatan dalam aplikasi Telegram.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM Datin Mai Zairani Zainal Abidin berkata melalui jawatankuasa itu, SKMM bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu itu.

“Kita menyedari mengenai kes yang diviralkan itu dan walaupun masih tiada aduan rasmi dibuat, Jawatankuasa Khas ini telah pun memulakan siasatan mengenainya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

– BERNAMA 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.