Pusat Pakar Pergigian Imperial dalam kenyataannya berkata prosedur bius ketika pembedahan gigi melibatkan Allahyarham dilakukan di bawah pengawasan “pengamal perubatan telatih”.
“Kami mengeluarkan kenyataan ini bagi menghentikan spekulasi dan salah faham umum mengenai insiden itu.
“Kami berharap orang ramai tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga dalam mengharungi waktu sukar.”
Semalam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menafikan spekulasi Syed Alman Zain menerima rawatan pergigian di pusat perubatan itu.
“Sesetengah laporan yang tidak benar telah menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan mendatangkan kesan negatif terhadap PPUM,” kata Pengarah PPUM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.
Syed Alman Zain, 44, meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.
