Muslimat PAS terima usul kaji tahaluf siyasi dengan PKR

Muslimat PAS terima usul kaji tahaluf siyasi dengan PKR

Usul itu dikemukakan pada Muktamar Dewan Muslimat PAS dan diterima tanpa bahas.

PAS muslimeat

PETALING JAYA:
Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.

Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

Menurut laporan Berita Harian Online, usul berkenaan antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan AMANAH yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.

“Bermula dengan Langkah Kajang sehingga konspirasi menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati manakala kesucian pakatan pembangkang dicemari perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS sendiri.

“Walaupun masih ada pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS, namun rentetan daripada isu sebelumnya, PKR dilihat lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang dengan PAS,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.