Di muktamar sayap pemuda parti Islam hari ini, Mohd Hafis Alias mengeluh meskipun orang Melayu membentuk 43% penduduk Pulau Pinang, pemilikan tanah mereka cuma 20% sahaja.
Hafis mendakwa Enakmen Rizab Melayu 1933 tidak dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja, termasuk orang luar, boleh membeli tanah di negeri itu.
“Menjual tanah kepada orang luar serupa menjual negara,” katanya.
Beliau menambah sesetengah orang Melayu tidak sedar pampasan untuk tanah yang mereka serahkan tidak setara dengan nilai tanah itu.
Maka, Pulau Pinang memerlukan undang-undang tanah rizab Melayu baharu, tegasnya.
Hafis menambah, PAS perlu menambah jumlah wakil rakyat di negeri itu dan membentuk kerajaan negeri sekiranya mahu melindungi orang Melayu Pulau Pinang.
