Namun, lamaran datang lagi untuk meminang Salbiah Solei, 71, dan akhirnya wanita itu menerima pinangan ke-11 daripada peneroka Felda, Perang Sedek, 74, dan mereka selamat dinikahkan dalam satu majlis di pejabat agama di sini, minggu lalu.
Mstar melaporkan Salbiah dari Parit Raja, Batu Pahat berkata selepas suaminya meninggal akibat sakit tua, adik-beradiknya menasihatkan agar dia untuk berkahwin lagi bagi mengelakkan kesunyian.
“Saya tidak mempunyai anak dan tinggal bersama ibu saya yang berusia 107 tahun selepas suami saya meninggal dunia.
“Pada mulanya saya teragak-agak menerima lamaran Perang kerana saya tidak pasti sama ada saya dapat menjaga diri saya, ibu dan suami,” kata Salbiah, anak sulung daripada 12 adik-beradik.
Pasangan itu diperkenalkan oleh saudara mara pada April lalu dan Salbiah menerima sebentuk cincin emas dan wang RM1,000 daripada Perang.
Perang yang mempunyai tujuh anak dan 24 cucu berkata dia bersyukur kini mempunyai teman selepas isterinya meninggal dunia akibat strok kira-kira empat bulan lalu.
Ini perkahwinan ketiga Perang selepas dua isteri sebelum ini meninggal dunia kerana sakit.
