Menerusi rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, kelihatan seorang individu muncul sebaik sahaja lelaki warga emas itu melemaskan seekor kucing berwarna putih dalam parit.
Lelaki berkenaan segera mempersoalkan sebab terhadap tindakan pakcik itu, selepas melihat kucing itu tidak lagi bernyawa.
“Ini kucing orang, kenapalah pakcik buat macam ini,” soalnya.
Namun jawapan warga emas itu tidak jelas kedengaran dalam rakaman berkenaan.
Pengguna Facebook terbabit mendakwa kejadian itu berlaku di Bukit Kepong, Muar, Johor.
“Kejadian berlaku di kawasan rumah mak saya, pakcik ini kerap dilihat memukul dan membunuh kucing dan anjing. Kucing (dan anjing) ditangkap di kawasan taman untuk diseksa dan dibunuh,” dakwanya.
Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 245 ribu kali dan dikongsi lebih 3,949 pengguna Facebook.
Rata-rata pengguna Facebook itu marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas berkenaan.
“Bagaimana kalau dia yang diperlakukan sama seperti apa yang dibuatnya terhadap kucing itu?” soal pengguna Facebook, Sabariah A Rahim.
Seorang lagi pangguna Facebook bernama ‘Jijie Lagend’ pula mengambil inisiatif untuk melaporkan kejadian itu kepada Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA).
Ruangan komen dalam catatan Facebook di mana video tersebut dimuat naik ada mendedahkan identiti warga emas tersebut, namun tidak dapat disahkan kebenarannya.
https://www.facebook.com/Farhan.Mrs/posts/1078990632146883