Ibu bapa berang guru besar paksa pelajar minum ‘air ajaib’

Ibu bapa berang guru besar paksa pelajar minum ‘air ajaib’

Guru besar itu telah membuatkan pelajar minum air walaupun berulang kali diberitahu supaya tidak berbuat demikian.

minum-air_sekolah_6003

PETALING JAYA:
Ibu bapa pelajar di sebuah sekolah vernakular berang selepas mendapati guru besar sekolah itu memaksa pelajar-pelajarnya minum ‘air ajaib’ yang dikatakan membolehkan mereka cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Air tersebut disediakan oleh sebuah gerakan agama dikenali Bai Shi Yin Guang Li Liang Ke Ji Yan Jiu Yuan (Bai Shi Yin – Light, Force Technology Research Centre), yang mendakwa menggunakan ‘teknologi cahaya kebijaksanaan’ yang boleh menghilangkan semua negativiti dari tubuh seseorang, lapor The Star.

Setiausaha lembaga pengelola SJK (C) Pandamaran A, Choo Kim San berkata, guru besar itu telah membuatkan pelajar minum air walaupun berulang kali diberitahu supaya tidak berbuat demikian.

“Dia melakukannya sejak empat tahun lalu. Kami berkali-kali meminta beliau berhenti tetapi beliau masih meneruskan amalan itu,” kata Choo dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh Timbalan Ketua Aduan dan Khidmat Awam Biro MCA Klang, Tan Bok Koon.

Di samping itu, guru besar itu juga didakwa menggantung banting di dalam premis sekolah dengan mendakwa pelajar lemah yang meminum air tersebut muncul sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Mesin layan diri (vending machine) juga dipasang dengan kemudahan membeli air tersebut bagi membolehkan pelajar membeli sendiri air itu sendiri apabila diperlukan.

“Guru-guru juga membawa pelajar yang lemah pelajaran ke pejabat guru besar untuk direnjis dengan air tersebut ke atas mereka,” kata Tan lagi.

Malah, guru besar itu juga telah menggunakan nama sekolah dengan mengeluarkan surat penghargaan terima kasih ke atas persediaan ‘air ajaib’ kepada gerakan agama itu.

“Ia adalah salah untuk mengeluarkan surat dari sekolah tanpa persetujuan lembaga pengelola.

“Pihak berkuasa pendidikan negeri perlu mengambil tindakan terhadap guru besar itu kerana menggalakkan kepercayaan agama di sekolah,” ujar Tan, petik akhbar harian berbahasa Inggeris.

Tan juga memberitahu, pihaknya akan menyerahkan maklumat mengenai isu sedang dikumpul dan bakal diserahkankepada Timbalan Menteri Pengajian, Chong Sin Woon.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.