Lelaki lempang kekasihnya berkali-kali di tempat awam

Lelaki lempang kekasihnya berkali-kali di tempat awam

Kejadian itu dikatakan berlaku di pintu belakang pusat belia-belah Kluang Parade.

tampar-gf

PETALING JAYA:
Macam mana sekalipun masalah rumah tangga atau dalam perhubungan, tindakan memukul itu agak melampau.

Tindakan memukul pasangan atau sesiapa sahaja dalam sesuatu hubungan boleh diklasifikasikan sebagai penderaan domestik dan disabit salah.

Sebentar tadi satu rakaman video viral dikongsi menunjukkan seorang lelaki naik berang dan terus membalingkan tangannya ke pipi seorang wanita, dipercayai pasangannya.

Menurut laporan Mynewshub, kejadian itu dikatakan berlaku di pintu belakang pusat belia-belah Kluang Parade.

Rakaman berdurasi 36 saat itu menunjukkan lelaki itu memaki wanita tersebut sambil melempangnya berkali-kali di tempat awam.

Audio rakaman bagaimanapun kurang jelas, justeru tidak dapat dipastikan punca atau kandungan pertelingkahan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=Cb2zjFTf7dQ

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.