Pada 5 petang, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1200/1260 berbanding dolar AS daripada paras 4.0800/0860, semalam.
Seorang peniaga berkata pengukuhan dolar AS yang didorong kemungkinan kenaikan kadar faedah, turut memberi tekanan terhadap harga komoditi.
Sementara itu, ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9784/9838 daripada 2.9572/9619 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.7605/7670 daripada 3.7223/7291, sebelum ini.
Unit tempatan itu turut lemah berbanding pound British kepada 5.9884/9988 daripada 5.9311/9423 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.6057/6129 berbanding 4.5729/5812, sebelum ini.
– BERNAMA