Jejai, 40, mendakwa laporan polis yang dibuat Fasha itu tidak berasas sama sekali, lapor Utusan Malaysia.
“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya,” katanya.
Pada Isnin, Fasha membuat laporan polis di Ampang mendakwa kerap diganggu bekas suaminya.
Jejai berkata beliau sudah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaibkan dirinya dengan menyebarkan pelbagai andaian buruk sejak dia bercerai dengan aktres itu.
“Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya,” katanya.
Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum mengambil keputusan bercerai pada 20 Januari lalu. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.
Link : Tertekan diganggu bekas suami, Fasha Sandha buat laporan polis
