Harian Metro melaporkan Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 51, didakwa menyebabkan kecederaan kepada ahli perniagaan, Sharifah Harnizam Wan Musa, 43.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel Safari 2, Lot 52, Jalan Mamanda 9, di sini, pada 6.30 petang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Lydiawati yang mempunyai masalah jantung mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hadlina A Raof.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,300.
