Kaji selidik yang mengandungi 21 soalan itu dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang turut mendapatkan pandangan orang ramai mengenai projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) yang dilancarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2012.
Dalam satu kenyataan, unit itu menyatakan bahawa perancangan bandar semakin kurang menumpukan pada sungai kerana bandar ini mula mengalami pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat, mengakibatkan pengabaian mereka (terhadap sungai).
“Bagaimanapun, sungai tidak diabaikan begitu lama. DBKL telah melancarkan ROL untuk memulihkan sungai untuk menjadikannya indah seperti dahulu,” kata Pemandu.
Soalan-soalan itu termasuk: Apa pandangan anda mengenai keadaan semasa sungai Klang dan sungai Gombak? Adakah anda fikir sungai kita memberikan gambaran yang baik kepada pelancong? Adakah pihak berkuasa berkaitan melakukan secukupnya untuk memastikan sungai kita bersih?
Kenyataan itu menambah: “Kaji selidik ini tidak menyatakan nama anda. Tiada data peribadi akan diambil. Kami juga mahukan sokongan anda dalam meningkatkan jangkauan kami. Sila kemukakan pautan kajian kepada orang lain yang mungkin
berminat untuk sertai.”
Orang ramai boleh menjawab kaji selidik itu menerusi pautan https://www.surveymonkey.com/r/FW96HFB.
-Bernama
