Jurucakap JPN yang dipetik China Press berkata, mereka hanya perlu mengisi borang A di jabatan berkenaan dan kakitangan akan memasukkan maklumat itu ke dalam sistem komputer serta cip MyKad.
Jelasnya, penganut agama lain kecuali Islam juga boleh mengisi borang A, selepas mereka memeluk agama lain.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, Tan Hoe Chieow menjangkakan kira-kira 500 penganut agama itu hadir di JPN cawangan mini UTC Sentul di ibu negara pada jam 10 pagi 28 Mei ini untuk berbuat demikian.
Ia susulan inisiatif persekutuan itu melalui cawangan di Klang, Kuala Langat, Johor dan Hilir Perak.
Jelasnya, sebelum ini rakyat hanya boleh mengisi Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain agama dalam ruangan agama di MyKad masing-masing.
Selain Muslim, warganegara Malaysia lain yang berusia 18 tahun ke atas boleh menukar pegangan agama mereka, manakala remaja di bawah 18 tahun perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk memeluk agama lain.
