Haruan makan anak dipenjara 40 tahun, 20 sebat

Haruan makan anak dipenjara 40 tahun, 20 sebat

Tertuduh yang berusia 36 tahun berasal dari Kuala Ketil itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak kandungnya.

court

SUNGAI PETANI:
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan 20 sebatan terhadap seorang buruh kasar atas tuduhan merogol anak kandungnya di beberapa lokasi termasuk bilik tidur mangsa.

Tertuduh yang berusia 36 tahun berasal dari Kuala Ketil itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol, lapor Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anaknya yang berusia 13 tahun beberapa kali di dalam bilik tidur mangsa dan tertuduh pada awal serta hujung Mei tahun lalu di rumah mereka di Kuala Ketil.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama di ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, kira-kira 6 pagi pada 3 April lalu.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim M Vijayalakshmi.

Hakim dalam keputusannya memerintahkan hukuman bagi kesalahan pertama dan kedua dijalankan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 2 Mei lalu, manakala pertuduhan ketiga dijalankan berturutan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri Izza Munirah Mansor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.