
Bagaimanapun, dia berdepan detik cemas, apabila gagal memasuki rumahnya semula di tingkat 13 asrama tentera di Kem Wardieburn, Setapak.
Menurut laporan Sin Chew Daily, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun itu hanya mampu duduk di belebas tingkap sambil menangis kerana ketakutan.
Kejadian itu berlaku pada jam 9.45 pagi semalam, ketika kanak-kanak itu berseorangan di rumah, manakala bapanya yang merupakan anggota tentera dan ibunya seorang akauntan sedang bekerja.
Jiran-jiran yang menyedari kejadian itu bertindak memecah masuk rumah terbabit dan sempat menyelamatkan kanak-kanak itu.