Bapa bunuh anak guna tong gas

Bapa bunuh anak guna tong gas

Lelaki berkenaan dipercayai mabuk dan mendakwa dirasuk ketika membunuh anak lelakinya itu sebelum ditangkap penduduk kampung.

dad_dead_600__1

JAKARTA:
Polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai membunuh anak kandungnya berumur enam tahun dengan menghempap tong gas seberat 3 kilogram di atas kepala kanak-kanak itu, semalam.

Media tempatan hari ini memetik jurucakap Polis Daerah Sulawesi Selatan Frans Barung Mangera berkata, kejadian berlaku di rumah dua beranak itu di Kampung Bulu-bulu, di daerah Tamalanrea, Makassar, Sulawesi Selatan.

Lelaki itu dikatakan hanya tinggal berdua dengan anaknya setelah berpisah dengan isterinya beberapa tahun lepas.

Katanya, polis menerima panggilan penduduk kampung menangkap seorang lelaki dalam rumahnya kerana dipercayai mabuk dan membunuh anaknya sendiri.

Beliau berkata polis menemukan mayat kanak-kanak lelaki itu yang parah di kepala dan hasil siasatan mendapati lelaki itu mendakwa dia tidak sedar membunuh anaknya kerana dirasuk makhluk halus.

BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.