Kereta terjerumus lubang jijik didakwa dipandu laju

Kereta terjerumus lubang jijik didakwa dipandu laju

Saksi-saksi kejadian memberitahu MBPJ bahawa kenderaan terbabit dipandu laju, sebelum melanggar penghadang plastik yang mengelilingi lubang pembentung.

kereta-pembentung

PETALING JAYA:
Kereta yang terjerumus ke dalam lubang pembetung sedalam 12 meter di Jalan Universiti didakwa dipandu laju, menurut sumber di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sumber memberitahu FMT bahawa saksi-saksi kejadian memberitahu MBPJ bahawa kenderaan terbabit dipandu laju, sebelum melanggar penghadang plastik yang mengelilingi lubang yang sedang dibina itu.

Projek itu merupakan milik Konsortium Indah Water, dan sumber MBPJ memberitahu kontraktor utama projek itu, Mangkubumi Sdn Bhd mematuhi syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan MBPJ seperti mendirikan pendatang dan meletakkan notis.

“Ada penghadang konkrit selain penghadang plastik.

“Sekarang ini kita telah keluarkan arahan henti-kerja untuk menjalankan langkah-langkah meningkatkan keselamatan. Lebih banyak tanda akan ditambah supaya pengguna jalanraya berwaspada, dan mungkin tambah penghadang.”

Sumber memaklumkan arahan henti-kerja itu akan ditarik balik hanya apabila MBPJ berpuas hati dengan langkah-langkah keselamatan tambahan itu.

Semalam, media melaporkan dua individu cedera selepas kereta yang mereka naiki terjerumus ke dalam lubang pembetung sedalam 12 meter.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya untuk rawatan, manakala kereta terpaksa dikeluarkan daripada lubang jijik itu dengan sebuah kren.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.