Perbicaraan ke-2: Johnson & Johnson diarah bayar pampasan AS$55 juta

Perbicaraan ke-2: Johnson & Johnson diarah bayar pampasan AS$55 juta

Gloria mendakwa menghidapi kanser ovari selepas menggunakan produk penjagaan kebersihan jenama syarikat tersebut.

Gloria Ristesund

PETALING JAYA:
Syarikat Johnson & Johnson sekali lagi terpaksa akur dengan keputusan mahkamah Amerika Syarikat yang memutuskan syarikat itu supaya membayar pampasan kepada wanita yang menghidapi kanser ovari.

Keputusan itu diambil oleh para juri yang menetapkan pampasan berjumlah AS$55 juta kepada Gloria Ristesund.

Gloria mendakwa menghidapi kanser ovari selepas menggunakan produk penjagaan kebersihan jenama syarikat tersebut.

Ekoran pendedahan tersebut, syarikat pengeluaran produk kebersihan dan penjagaan kanak-kanak itu berdepan tindakan saman daripada 1,200 orang kerana didakwa gagal memberi mesej peringatan kepada pengguna mengenai risko kanser akibat produk syarikat tersebut.

Empat bulan Johnson & Johnson membayar pampasan AS$72 juta kepada keluarga seorang ahlinya mati akibat penyakit ovari selepas menggunakan bedak untuk kebersihan feminin.

Perbicaraan kali kedua yang berlangsung selama tiga minggu ini pula mengarahkan syarikat itu memberi pampasan AS$5 juta ganti rugi dan AS$50 juta ganti rugi dalaman kepada Gloria.

Jurucakap Johnson & Johnson, Carol Goodrich bagaimanapun berkata, keputusan 9-3 juri itu jelas kontra dengan penyelidikan 30 tahun yang menyokong keselamatan penggunaan bedak itu.

Syarikat itu mahu terus mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan dan mempertahankan kualiti produk keluarannya.

Gloria merupakan salah seorang daripada 60 plaintif yang mendakwa menggunakan produk bedak Johnson & Johnson, termasuk bedak bayi dan ‘Shower to Shower Powder’ pada bahagian sulitnya bertahun-tahun lama.

Dia disahkan mengidap kanser ovari dan perlu menjalani rawatan histerektomi dan pembedahan yang berkaitan yang kini bertambah pulih.

Menurut peguamnya, Jere Beasley, anak guamnya berpuas hati dengan keputusan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.