
Beliau mendakwa trend itu berbahaya, kerana ahli perniagaan tidak boleh terbabit dalam penggubalan dasar kerajaan.
“Jika anda seorang peniaga dan pada masa sama pembuat dasar, pasti anda akan dapat banyak kelebihan. Bagaimana dengan orang biasa dan peniaga kecil?
“Jika mereka berjaya (dalam PRN), sukar untuk kita hentikan trend ini. Sebab itu kita perlu menghalangnya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Perangi Rasuah dan Kronisme (C4) pernah mendesak Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menggugurkan usahawan dan tauke balak daripada bertanding pada PRN.
Pada PRN kali ini, beberapa tokoh usahawan negeri dipilih sebagai calon BN, antaranya Hii King Chiong di DUN Pujut, Datuk Tiong Thai King (Dudong) dan Datuk Seri Huang Tiong Hii (Repok).
Sementara itu, beliau memaklumkan telah menetapkan lokasi dan masa bagi debatnya dengan calon BN di DUN Piasau, Datuk Sebastian Ting di Hotel Mega pada jam 3 petang Khamis ini.
Sebastian sebelum ini menyahut cabaran debat beliau dan memintanya menetapkan tempat dan masa, selain memberinya notis dua hari.
“Hari ini saya menetapkan tempat dan masa. Saya juga sudah melantik YB Chou Yu Hui (ADUN Bilut) untuk menguruskannya,” tambahnya.