Ugutan bunuh ekoran dedah skandal banglo Taman Manggis

Ugutan bunuh ekoran dedah skandal banglo Taman Manggis

Sepucuk surat berwarna merah yang membawa maksud ancaman bunuh telah diletakkan di Ibu Pejabat GERAKAN Pulau Pinang Isnin lalu.

Liang-Teck-Meng_penang_banglor_600

PETALING JAYA:
Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng menerima surat berwarna merah simbolik ugutan bunuh dipercayai ekoran mendedahkan skandal pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurutnya, surat yang membawa maksud ancaman bunuh itu bukan dipos sebaliknya telah diletakkan di Ibu Pejabat Gerakan di Pulau Pinang Isnin lalu.

“Surat itu turut disertakan dengan ‘wang neraka’ yang digunakan oleh orang Cina untuk dibakar sebagai tawaran kepada si mati selain kepingan keratan akhbar berbahasa Cina yang meminta Guan Eng berterus-terang dan menjawab persoalan mengenai skandal yang terpalit pada dirinya, yang masih belum pernah direspon.

“Turut disertakan dalam surat itu adalah nota berbahasa Inggeris yang mengkritik serta mendakwa saya ‘mengkhianati bangsa Cina’ dan menyoal apa yang saya mahu capai sehingga sanggup meneruskan kes skandal banglo itu. Di akhir nota tersebut juga tertulis ‘go to hell’ (pergi ke neraka),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Justeru, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kulai demi keselamatannya dan bagi polis menyiasat dan mendedahkan pihak yang terlibat.

Menurut GERAKAN Pulau Pinang, ini bukanlah kejadian pertama pihaknya menerima ugutan seperti ini.

“Saya mengutuk tindakan mengugut dan samseng politik yang hanya berdasarkan bias bersifat perkauman. Tindakan seperti ini tiada tempat dalam politik.

“Skandal dan tuduhan rasuah tidak mengenal warna. Bangsa tidak ada kaitan dalam perkara ini,” ujar beliau lagi.

Bagaimanapun, Teck Meng menyatakan ugutan bunuh tersebut tidak akan melemahkan semangatnya malah akan melipatgandakan usahanya untuk mendesak Guan Eng mendedahkan skandal banglo Taman Manggis.

Link Facebook

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.