SPAN gesa Perak laksana catuan air

SPAN gesa Perak laksana catuan air

Disebabkan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino langkah catuan air ini dapat memanjangkan tempoh bekalan air di empangan daripada 30 hari kepada 60 hari.

span_perak_water_26003

PETALING JAYA:
Sudah tiba masanya untuk Perak melaksana catuan bekalan air bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyifatkan langkah ini tepat pada masanya supaya bekalan air di empangan dapat dipertahan.

Anggota SPAN, Prof Datuk Dr N. Marimuthu berkata, disebabkan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino langkah catuan air ini dapat memanjangkan tempoh bekalan air di empangan daripada 30 hari kepada 60 hari.

“Catuan perlu dilaksanakan dua hari sekali supaya bekalan air di negeri ini tidak terjejas berikutan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas yang melanda negara akan berlarutan sehingga September,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Empangan Bukit Merah di sini, hari ini, lapor Bernama.

Pengguna juga dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah dan tidak sewenang-wenangnya melakukan pembaziran kepada perkara yang tidak berfaedah.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata air di Empangan Kolam Bukit Merah mampu bertahan 30 hari kerana paras air semakin menyusut.

Selain itu, Marimuthu berkata jurutera SPAN sedang meneliti kedudukan beberapa empangan lama di negara ini termasuk di Johor dan Perak yang sudah berusia 100 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.