Lelaki dipenjara 11 bulan ‘selinap’ ke Johor untuk isi minyak

Lelaki dipenjara 11 bulan ‘selinap’ ke Johor untuk isi minyak

Tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 11 bulan, kerana tidak mampu membayar denda RM1,100

minyak,tangkap

PETALING JAYA:
Seorang lelaki dari Singapura dipenjarakan 11 bulan, kerana masuk ke Johor Bahru secara haram, semata-mata mahu mengisi minyak.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kejadian itu berlaku pada jam 9.25 pagi 7 April lalu, ketika Abu Sufian Ja’id, 24, sedang melalui laluan motosikal di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru, bersama empat rakyat Malaysia.

Tertuduh kemudiannya ditahan pihak berkuasa, kerana tidak menghentikan kenderaannya untuk pemeriksaan pasport.

Hakim Mahkamah Sesyen Imigresen di Pekan Nanas, Salawati berkata, tertuduh melanggar Seksyen 6 (1) Akta Imigresen, kerana memasuki Malaysia secara haram, manakala Seksyen 2 (2) Akta Pasport 1966, kerana tidak menunjukkan pasportnya kepada pegawai imigresen.

Untuk itu, tertuduh didenda RM8,000 atau penjara lapan bulan untuk pertuduhan pertama, manakala RM3,000 atau tiga bulan untuk pertuduhan kedua.

Disebabkan tertuduh tidak mampu membayar denda itu, jadi dia perlu menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.