Siasatan akuan sumpah Li Koon dalam peringkat akhir

Siasatan akuan sumpah Li Koon dalam peringkat akhir

Khalid berkata, polis masih menjalankan siasatan ke atas beberapa dokumen berkaitan proses pembelian banglo oleh Guan Eng

khalid-bakar,phang-li

PETALING JAYA:
Siasatan polis berhubung dakwaan Phang Li Koon memberi akuan bersumpah palsu kini dalam peringkat akhir.

Li Koon adalah pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn, George Town yang dibeli Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada harga RM2.8 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dipetik China Press sebagai berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan ke atas beberapa dokumen berkaitan proses pembelian banglo.

Jelasnya, polis akan menyerahkan laporan lengkap hasil siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Pada 23 Mac lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah Li Koon yang didakwa mengandungi maklumat kurang tepat.

Wanita itu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 22 Mac lalu berkata, beliau tidak mendapat sebarang manfaat daripada kerajaan negeri atas penjualan banglo itu.

Akuan bersumpah Li Koon itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Piangn, Phee Boon Poh tanpa kehadiran Li Koon.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sebelum ini turut memaklumkan kertas siasatan akan dibuka dan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 kerana rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.