Koperal direman, disyaki lakukan seks luar tabii dalam lokap

Koperal direman, disyaki lakukan seks luar tabii dalam lokap

Anggota polis berpangkat koperal itu disiasat di bawah Seksyen 337C Kanun Keseksaan, kerana melakukan seks luar tabii tanpa persetujuan

behind-bars

KUALA LUMPUR:
Seorang anggota polis berpangkat koperal direman enam hari, sejak Ahad lepas, berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang tahanan bawah umur di sebuah lokap di Jinjang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, anggota itu disiasat di bawah Seksyen 337C Kanun Keseksaan, kerana melakukan seks luar tabii tanpa persetujuan.

“Suspek merupakan anggota polis yang bertugas pada waktu berkenaan dan kejadian tersebut berlaku di sudut tepi sel di dalam lokap,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Wad 5PA, Pusat Perubatan Universiti Malaya, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan polis yang tersebar di laman sosial mengenai salah laku seorang anggota polis didakwa
melakukan seks oral terhadap seorang tahanan di kawasan tertutup di dalam lokap di Jinjang, baru-baru ini.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Amar Singh menyerahkan tiga kerusi roda kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sempena sambutan Hari Polis ke-209.

Beliau berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda ikatan hubungan erat antara pihak polis dan pusat perubatan itu.

Turut hadir ialah Pengarah PPUM, Prof Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.