Ikon wartawan, Said Zahari meninggal dunia

Ikon wartawan, Said Zahari meninggal dunia

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi

Said-Zahari-

PETALING JAYA:
Bekas Pengarang Utusan Malaysia yang juga tokoh kewartawanan, Said Zahari meninggal dunia tengah hari tadi.

Pemergian Said itu dimaklumkan anaknya, Norman Said melalui Facebooknya, hari ini.

“Innalillah. Ayah saya, Said Zahari telah kembali ke rahmatullah,” katanya.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Semasa hayatnya, Allahyarham menulis beberapa karya mengenai hidupnya, iaitu ‘Sajak dari Penjara’ yang diterbitkan ketika beliau masih berada di penjara, ‘Meniti Laut Gelora: Sebuah Memoir Politik’ dan ‘Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari’.

Said pernah menjadi tahanan ISA selama 17 tahun di Singapura, pada era pemerintahan Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.