Jualan Fareeda meningkat selepas video viral

Jualan Fareeda meningkat selepas video viral

Carian maklumat mengenai tudung keluaran Fareeda di internet meningkat dan syarikat itu juga mendapat pelanggan baharu.

fizo,fareeda

PUTRAJAYA:
Pengurusan syarikat pengeluar tudung, Fareeda mengaku rakaman video yang kononnya ‘pelanggan merusuh’ untuk mendapatkan nombor giliran telah membantu meningkat jualan tudung.

Pengurus Pemasaran Fareeda, Fizo Omar berkata, jualan tudung Fareeda menerima permintaan tinggi di sebalik kritikan negatif daripada banyak pihak termasuk tokoh agama.

Fizo berkata, dia percaya insiden berhubung isu peminat berhimpit dan berebut untuk mendapatkan nombor giliran bagi mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda, Sweet Love, baru-baru ini, mempunyai hikmah di sebaliknya.
.
“Dua hari selepas kejadian, tudung Fareeda semakin dikenali dan semakin mendapat sambutan baik..
i.
“Berdasarkan tinjauan di media sosial dan ‘Google’ kita lihat orang ramai mencari maklumat lebih tentang tudung Fareeda. Ada juga pelanggan baru dari Singapura yang mendapatkan koleksi terbaru kami.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan positif apabila ramai pelanggan baru mula mengenai tudung Fareeda,” katanya dalam satu sidang media di Hotel JW Marriott.

Fizo mengulas video orang ramai ‘merusuh’ apabila berhimpit untuk mengambil nombor giliran bagi mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda yang berlaku di Butik Fareeda di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Fizo berkata, pengurusan Fareeda akan memperbaiki lagi sistem penjualan keluaran koleksi terbaru tudung pada masa akan datang.

Katanya, syarikatnya akan menyediakan tempat yang lebih baik dan berkemungkinan akan membuat di stadium dan menambah baik kawalan keselamatan.

“Ini bagi memberi keselesaan peminat Fareeda untuk mendapatkan koleksi terbaru dripada syarikat kami,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.